Tahun
akhir. Ya..tahun akhir tapi belum menemui semester akhir.. :) Semakin
dekat detik itu dan timbunan taklifan memenuhi ruang..semakin sayang
pada taklifan-taklifan tersebut bersama menuntut keredaanNya, bonda dan
ayahanda..wajah kalian kerap bermain di tubir mata anakanda kebelakangan
ini..kenapakah? Mungkinkah Allah telah mencampakkan istifham " apa
matlamat kamu hidup? Untuk apa?" disudut hati..Mungkinkah rindu? Selalu
rindu..foto kalian tiap hari anakanda tatap..ana uhibbu jiddan ummi wa
abi :) Moga reda kalian bersama apa yang anakanda lakukan walaupun
terkadang tingkah anakanda mengundang rasa kecewa kalian..maafkan
anakanda duhai bonda, ayahanda..~ Allahummaamiin ~
Sudah
banyak dumu' merembes seawal mengatur khittah di bumi ini..rembesan
dalam meniti perjuangan, rembesan dalam menuntut kefahaman insan-insan
terdekat..insan-insan sekeliling, rembesan saat asyik berukhwah yang
bermaharkan mardhatillah :) Sungguh! Keperitan yang dirasai sahabat
seakan-akan merobek segenap hati dan perasaan..Moment-moment perit yang
indah itu sentiasa bermukim di qalbu..
15
Jun 2011. Hari keempat semester berjalan. Dan kelancaran kuliah yang
agak lompang sejak sebelumnya alhamdulillah, berjalan seperti ghalibnya.
Alhamdulillah..Terengganu memenangi Piala FA :) Belum terlambat untuk
ana ucapkannya :) Bangga menjadi anak jati al-penyu menyu :)
Macam-macam kontrolbesi yang ana dengar dari mulut teman-teman..tapi
biarlah Dia yang menilai..Sebaik-baik Penilai..Asbab ini jugak yang
menyumbang pada "kelompangan" kehadiran ke kelas..Ahad ni negeri al
penyu menyu cuti dek imbalan kejuaraan Piala FA dan Sukma..semangat
semuanya nak bercuti..akhirnya MB tersayang bagi cuti..hihi :D
Takhassus madah dalam syu'bah yang diceburi semakin memunculkan diri
yang menuntut semaksimum perhatian dari nafs-nafs sekalian..Kelas sunyi
sepi bilamana ustaz speak in arabic..tapi aci je ustaz cakap melayu,
ramai je yang menyampuk..Tapi seharusnya kita jadikannya satu cabaran
dalam menuntut ilmu kan? Bukannya tenggelam dalam perhatian yang
dituntut..insyaAllah..
~ Nota buat diri jugak :D ~
Sebagai
khadam Allah yang terpilih..sangat menuntut semangat dan kerjasama
kalian untuk membuktikan bahawa Islam itu deen yang hebat..Amat
malanglah bagi sesiapa yang menggariskan ibadah cuma dipagar-pagar
masjid..bahkan setiap detik yang kita lakukan semuanya boleh bernilai
ibadah..betulkan mentaliti senget tu ye :) Deen yang semakin dihina,
dihina dan dihina oleh non muslim pastinya dan tak kurang hebatnya dari
golongan Melayu Islam sendiri..tidak sedihkah? Agama yang sebegitu hebat
pada pemerintahan Nabi saw, para sahabat patutkah kita biarkan layu
menyembah bumi? Patutkah? Cukupkah sekadar kita berdiam diri? Jawapannya
ada pada kalian.. :)
cukuplah 'bebelan' ana untuk kali ni..insyaAllah.. di kelapangan yang tersisa akan menjenguk sesawang ini lagi..ilalliqa' :)