Monday, June 6, 2011

Terus Melangkah

Salam Dhuha, salam ketulusan dan salam terus juang buat sahabat sekalian..alhamdulillah..masih diberikan nikmat untuk merasai kehidupan hingga ke detik ini..sedar tak sedar 12 hari dalam bulan Rejab telah pun kita rentasi..dan ianya terus membilang hari untuk mengakhiri tugasannya dan akan bergantian dengan bulan-bulan mulia Islam yang lain.. :) Alhamdulillah..hari kelima memakukan kaki di bumi penuh dengan tarbiyyah..dan masih lagi meniti " fasa kaffarah dosa" sejak 5 hari lepas..seawal membumikan khittah di bumi yang penuh dengan tarbiyah..alhamdulillah..semuanya dariMu, ya Rabb..
Tahun akhir. Ya..tahun akhir tapi belum menemui semester akhir.. :) Semakin dekat detik itu dan timbunan taklifan memenuhi ruang..semakin sayang pada taklifan-taklifan tersebut bersama menuntut keredaanNya, bonda dan ayahanda..wajah kalian kerap bermain di tubir mata anakanda kebelakangan ini..kenapakah? Mungkinkah Allah telah mencampakkan istifham " apa matlamat kamu hidup? Untuk apa?" disudut hati..Mungkinkah rindu? Selalu rindu..foto kalian tiap hari anakanda tatap..ana uhibbu jiddan ummi wa abi :) Moga reda kalian bersama apa yang anakanda lakukan walaupun terkadang tingkah anakanda mengundang rasa kecewa kalian..maafkan anakanda duhai bonda, ayahanda..~ Allahummaamiin ~
Sudah banyak dumu' merembes seawal mengatur khittah di bumi ini..rembesan dalam meniti perjuangan, rembesan dalam menuntut kefahaman insan-insan terdekat..insan-insan sekeliling, rembesan saat asyik berukhwah yang bermaharkan mardhatillah :) Sungguh! Keperitan yang dirasai sahabat seakan-akan merobek segenap hati dan perasaan..Moment-moment perit yang indah itu sentiasa bermukim di qalbu..
15 Jun 2011. Hari keempat semester berjalan. Dan kelancaran kuliah yang agak lompang sejak sebelumnya alhamdulillah, berjalan seperti ghalibnya. Alhamdulillah..Terengganu memenangi Piala FA :) Belum terlambat untuk ana ucapkannya :) Bangga menjadi anak jati al-penyu menyu :) Macam-macam kontrolbesi yang ana dengar dari mulut teman-teman..tapi biarlah Dia yang menilai..Sebaik-baik Penilai..Asbab ini jugak yang menyumbang pada "kelompangan" kehadiran ke kelas..Ahad ni negeri al penyu menyu cuti dek imbalan kejuaraan Piala FA dan Sukma..semangat semuanya nak bercuti..akhirnya MB tersayang bagi cuti..hihi :D
Takhassus madah dalam syu'bah yang diceburi semakin memunculkan diri yang menuntut semaksimum perhatian dari nafs-nafs sekalian..Kelas sunyi sepi bilamana ustaz speak in arabic..tapi aci je ustaz cakap melayu, ramai je yang menyampuk..Tapi seharusnya kita jadikannya satu cabaran dalam menuntut ilmu kan? Bukannya tenggelam dalam perhatian yang dituntut..insyaAllah..
~ Nota buat diri jugak :D ~
Sebagai khadam Allah yang terpilih..sangat menuntut semangat dan kerjasama kalian untuk membuktikan bahawa Islam itu deen yang hebat..Amat malanglah bagi sesiapa yang menggariskan ibadah cuma dipagar-pagar masjid..bahkan setiap detik yang kita lakukan semuanya boleh bernilai ibadah..betulkan mentaliti senget tu ye :) Deen yang semakin dihina, dihina dan dihina oleh non muslim pastinya dan tak kurang hebatnya dari golongan Melayu Islam sendiri..tidak sedihkah? Agama yang sebegitu hebat pada pemerintahan Nabi saw, para sahabat patutkah kita biarkan layu menyembah bumi? Patutkah? Cukupkah sekadar kita berdiam diri? Jawapannya ada pada kalian.. :)
cukuplah 'bebelan' ana untuk kali ni..insyaAllah.. di kelapangan yang tersisa akan menjenguk sesawang ini lagi..ilalliqa' :)